Thursday, April 30, 2009

FOR SALE....

Sedikit masa lagi...
saya akan update di sini senarai harga dan gambar arnab yang hendak di jual.
harga gerenti lebih murah dari harga pasaran semasa.
sekadar hobi dan tambah network bagi penggemar arnab.
adios!!

FAKTA-FAKTA MENGENAI ARNAB

yang nie pon aku copy dr blog org lain gak...okey la utk pengkongsian ilmu. tak salah kan..kan..!!
  • Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
  • Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
  • Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
  • Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
  • Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
  • Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
  • Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
  • Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
  • Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
  • Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
  • Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
  • Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
  • Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
  • Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
  • Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
  • Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
  • Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.

MENGAPA ARNAB MENGGIGIT ??

yang nie info aku copy dari blog org lain....saje nak kongsi kat sini.
  • Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
  • Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
  • Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih .
  • Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
  • Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
  • Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik untu meletakkan tangan anda dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
  • Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan

Melihat anak yang tengah membesar...

nie la mak kepada anak-anak yg comel nie....
best jer dia tido!!
kat atas rumput pun sempat dia berjemur!!!
nyenyak sungguh dia tido...

Brita sedih...isk..isk...















sedih woo tengok choki mati kena serangan kuncing yang jahat!!!
dah tak ingat dah brape ekor kena baham dek kuncing nie. rasa-rasa dah lebih dari 20 ekor.
cian choki...tgh ngandung tu!!

Friday, April 17, 2009

Generasi ke-3

Generasi ke-3 arnab....

Wednesday, April 15, 2009

My latest anak arnab












nie la anak arnab yg paling latest...umur dah 3minggu tp still xbagi lagi nama. mak dia nama choki. semo kaler hitam & nampak sama jer. hai...camner la aku nak cam nanti sekor-sekor nie??












nie la 3ekor anak kepada comel....nie wife aku nyer.
baru 3 hari lahir. nie jenis anggora nyer.












yg 5ekor nie lak....mak dia nama babblo.
mak mertua aku nyer lak. sama lahir ngan anak comel.
kalo korang nak tau....gambar background kat atas tu la BABBLO.
hehehe....